EKO-PELANCONGAN

APAKAH ITU EKO-PELANCONGAN?


Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang paling penting pada masa sekarang. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat, Beberapa buah negara di dunia kini, cuba memajukan pelancongan untuk beberapa faedah tertentu.
Terdapat juga alasan yang kukuh tentang kemungkinan kesan negatif dan keinginan yang kian meningkat untuk memajukan sektor ini secara terancang dan terkawal yang dapat mengoptimumkan faedah, manakala mencegah sebarang masalah yang serius.
Selain kawasan yang baru membangun, kawasan yang telah mempunyai pembangunan pelancongan yang agak banyak kini mengkaji semula sektor pelancongan, manakala di kebanyakan tempat, jika perlu, ingin memperbaiki sektor pelancongan untuk memenuhi piawaian sezaman dan objektif persekitaran.
Pengiktirafan diberi secara beransur-ansur terhadap pentingnya membangunkan pelancongan bersama-sama sektor lain dengan cara yang bersepadu dengan mengekalkan sumber untuk kegunaan yang berterusan, di samping membantu memelihara dan bukan merosakkan kawasan semulajadi dan warisan sejarah.

Definisi Pelancong

Definisi yang diterima secara umum dan meluas untuk pelancong antarabangsa telah disarankan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perjalanan dan Pelancongan Antarabangsa yang diadakan pada tahun 1963. Definisi itu menyatakan bahawa seorang pelawat adalah “sesiapa yang mengunjungi mana-mana negara, selain negara tempat ia bermastautin, dengan sebarang alasan, selain alasan pekerjaan dari Negara yang dilawati’ WTO 1981. Istilah pelawat merangkumi dua jenis pelawat yang ketara:

1. Pelancong – pelawat sementara yang menetap sekurang-kurangnya 24 jam di negara yang dilawati dan tujuan lawatan tersebut boleh dikelompokkan seperti yang berikut:

a. masa lapang (contohnya rekreasi, percutian, kesihatan, agama atau sukan)
b. perniagaan
c. keluarga
d. misi dan
e. mesyuarat

2. Rombongan – pelawat sementara yang menetap kurang 24 jam di destinasi yang dilawati dan bukan untuk tujuan bermalam ( termasuk pelancong yang belayar untuk makan angin )

Pelancong tempatan pula ialah orang yang melawat negeri lain selain daripada tempat seseorang itu bermastautin, lebih dari 24 jam. Sebagai contoh, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, melawat ke negeri Terengganu dan Kelantan selama 5 hari 4 malam dikira sebagai pelancong, kerana melebihi tempoh 24 jam dari masa yang ditetapkan.

Definisi Eko-Pelancongan

Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh tokoh ilmuan berkenaan dengan eko-pelancongan, antaranya ialah:

Goodwin (1996, p. 288)
Low-impact nature tourism which contributes to the maintenance of species and habitats either directly through a contribution to conservation and / indirectly by providing revenue to the local community sufficient for local people to value, and thereforeprotect, their wildlife heritage area as a source of income.

Fennell (1999, p.43)
A sustainable form of natural resource-based tourism that focuses primarily on experiencing and learning about nature, and is ethically managed to be low impact, non-consumptive, and locally oriented (control, benefits and scale). It typically occurs in natural areas,and should contribute to the conservation or preservation of such areas.

Secara rumusannya, eko-pelancongan merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi, di mana, diharapkan agar pelancongan ini akan dapat menyumbang kepada penyelenggaraan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar. Bagi memastikan alam semulajadi ini terus terpelihara, sumber bagi eko-pelancongan ini hendaklah dimajukan secara terkawal bagi meminimumkan impak ke atas alam sekitar.

Pengaruh Sejarah Dalam Eko-Pelancongan

Pengetahuan sejarah tentang sesebuah kawasan merupakan perancangan pelancongan yang penting kerana pelbagai aspek sejarah yang lazimnya dinyatakan sebagai tarikan pelancong seperti tapak arkeologi dan tempat peristiwa bersejarah, dan telah mempengaruhi gaya hidup sezaman, seni, dan kraftangan. Sejarah kawasan juga mempengaruhi sistem nilai sosial serta sikap yang merupakan pertimbangan sosiobudaya dalam pelancongan. Sejarah kawasan tidak perlu dikemukakan secara terperinci, tetapi harus menonjolkan latar belakang yang diperlukan untuk memahami unsur penting untuk analisis pelancongan.

Subjek sejarah merupakan unsur terpenting yang hendak ditekankan didalam laporan ini, kerana dari sejarahlah terbentuk nilai sosio-budaya yang dapat kita tatap pada masa sekarang ini. Sejarah juga mengajar kita untuk menilai ekonomi, pertahanan, pentadbiran dan juga keagamaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sejarah memainkan peranan yang besar, tetapi bukan yang terpenting dalam eko-pelancongan.

Faktor-Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Eko-Pelancongan

Tarikan pelancong dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza, kesemuanya berasaskan logik. Walaubagaimanapun, segala pendekatan ini membandingkan tarikan berdasarkan aspek sejarah, lokasi, dan penilaian. SIstem pengelasan yang lazim digunakan adalah:

1) Tarikan semulajadi yang berdasarkan ciri persekitaran semulajadi
2) Tarikan budaya berdasarkan kegiatan manusia
3) Jenis tarikan istimewa yang dicipta secara buatan.

Bagi eko-pelancongan, tarikan semulajadi merupakan aspek utama yang mempromosikan sesuatu tempat itu, selain dari sejarah tempat tersebut. Antara tarikan semulajadi yang utama adalah:

· Iklim

Lazimnya iklim yang panas, cerah digemari oleh kebanyakan pelancong, khususnya dari pelancong dari luar negara, terutamanya apabila dikaitkan dengan tarikan lain seperti kawasan pantai, laut, dan gunung-ganang yang menyediakan kegiatan rekreasi. ‘ pemuliharaan ’ iklim yang diingini menerusi pengawalan pencemaran udara diperlukan untuk pelancongan.

· Keindahan Pelancongan

Secara keseluruhannya keindahan pemandangan semulajadi menjadi dorongan utama untuk dilawati, khususnya jika langkah pemuliharaan telah digunakan untuk mengekalkan kebersihan dan sifat semulajadi dalam persekitaran. Landskap semulajadi yang indah seperti Hutan Lipur Sekayu,yang mempunyai air terjun Sekayu yang begitu nmendamaikan.

· Kawasan Pantai dan Laut

Rangkaian pantai yang memutih, antaranya Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu Buruk dan sebagainya menjadi dorongan untuk para pelancong dari dalam dan luar Negara mengunjungi negeri Terengganu ini. Kawasan ini juga dikaitkan dengan pelbagai kegiatan rekreasi air seperti menaiki bot, luncur air, berenang dan sebagainya.

0 comments:

Copyright © 2008 - LandArchy Malaysia - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template