SEJARAH NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR 1

SEJARAH NEGERI KELANTAN






Pertahanan Inggeris Di Negeri Kelantan

o Apabila tentera Jepun menduduki utara utara Indochina Perancis (utara Vietnam) pada bulan September 1940 dan Jepun menandatangani Perjanjian Pakatan Tiga Negara (Tripartite Pact) dengan Jerman dan Itali yang menjalinkan ketiga Negara itu dalam Kuasa Axis (Axis Power) jelas kepada Pihak Berikat ( Amerika, British dan lain-lain) bahawa perang akan merebak jauh ke negeri-negeri di Timur Jauh.

o Dengan menduduki kawasan Indochina Perancis itu memberikan satu pengkalan yang lebih dekat jaraknya dengan Tanah Melayu.
o Dipandang dari sudut geografi negeri Kelantan terbahagi kepada dua bahagian oleh Sungai Kelantan yang mengalir dari sebelah selatan ke utara sampai ke laut China Selatan kira-kira tujuh batu ke utara bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.

o Sungai Kelantan itu lebar dan tiada jambatan menyeberanginya dan kini menjadikan perhubungan melalui jalanraya diantara kedua tebing atau bahagian itu susah serta lambat.

o Jalan keretapi merintangi sungai itu dikawasan Tanah Merah yang terletak di sebelah barat Machang dan seterusnya menjalur ke barat menyeberangi sempadan (Sungai Golok) masuk ke Thailand beberapa batu dari pantai. Tidak ada jalanraya melintasi sempadan itu yang hanya di hubungi oleh jalan-jalan hutan dan dikawasan-kawasan pergunungan oleh beberapa buah sungai yang boleh digunakan oleh rakiti-rakit kecil.

Sungai Golok Masih Digunakan Sebagai Jalan Pengangkutan Air Sehingga Kini.




o Di negeri Kelantan ada tiga buah lapangan terbang yang agak moden pada ketika itu iaitu satu dekat bandar Kota Bharu iaitu di Pengkalan Chepa yang telah siap dan boleh digunakan, satu lagi di Gong Kedak dekat bandar Pasir Putih kira-kira 30 batu dari bandar Kota Bharu, boleh di pakai dan hampi siap dan lapangan terbang yang ketiga ialah dekat bandar Machang tidak jauh dari jalanraya Kota Bharu – Kuala Krai dan lapangan terbang ini yang dinamakan Lapangan Terbang Lalang Luas masih dalam pembinaan. Ketiga-tiga lapangan terbang ini terletak di sebelah timur Sungai Kelantan.

o Untuk mempertahankan ruang angkasa Kelantan dan sekitarnya dan juga lapangan-lapangan terbang di Kelantan, di tempatkan sejumlah pesawat terbang jenis Hudson dan jenis Vickers – Vildebeeste dari pasukan No.1 Squadron Royal Australian Air Force di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas.

o Pasukan Inggeris di negeri Kelantan itu sudah ditugaskan menghalang musuh mendarat dan bagi tujuan ini sepanjang pantai Kelantan telah dipasang pagar kawat duri dan kubu-kubu terutama sekali di tempat-tempat strategik dan mungkin menjadi sasaran musuh.

o Perang Asia Tenggara meletus pada 7 Disember 1941. Pada pagi hari itu tentera Jepun mendarat di Pattani dan Singgora (Songkhla) di Selatan Thailand. Berikutnya iaitu pada pagi 8 Disember 1941 tentera Jepun mendarat pula di Pantai Dasal, Sabak dekat Kota Bharu, Kelantan. Pendaratan pertama telah berlaku diantara suatu tempat yang terletak diantara Kampung Badang dengan Kampung Sabak. Tempat yang didarati betul-betul berhadapan dengan lapangan terbang di Pengkalan Chepa.
o Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Kelantan dan keluarga dirajanya telah meninggalkan Istana Jahar mencari perlindungan di kediaman diraja dekat bandar Kuala Krai.
Istana Jahar Di Tinggalkan Sultan Kelantan Semasa Pendudukan Jepun Di Kelantan.




TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI KELANTAN


ISTANA JAHAR – MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN

o Siap dibina pada tahun 1887 semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. Tujuan pembinaannya ialah untuk dikurniakan kepada baginda Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara yang kemudiannya menggantikan baginda sebagai Sultan Muhammad II. Asalnya dikenali dengan Istana Bendahara yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Istana Jahar mengambil sempena “Pokok Jahar” yang terdapat di halaman Istana.
o Pada 1889 Long Kundur Raja Bendahara telah dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad III, maka istana ini dijadikan tempat bersemayam baginda kemudiannya istana ini telah digunakan oleh beberapa orang Sultan Kelantan.

o Bangunan Istana Jahar dirasmikan sebagai Muzium Adat Kelantan pada 27 Julai 1992.



Istana Jahar
1) Perigi

o Digali serentak dengan pembinaan Istana Jahar dalam tahun 1987 untuk kegunaan Istana.

o Terletak di bahagian hadapan Istana Jahar.

o Perigi ini dibaik pulih serentak dengan pengubahsuaian Istana jahar untuk dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan pada tahun 1992.


2) Singakerti

o Merupakan sejenis kenderaan yang digunakan dalam perarakan istiadat berkhatan putera-putera Raja Melayu di Kelanatan.

o Singakerti diukir indah, kepalanya seakan kepala singa, berleher naga, badan dan kaki seperti seekor kuda serta berekor singa

o Mulutnya mengeluarkan pancuran air tempat putera-putera raja yang akan menjalanani istiadat berkhatan akan dimandikan.



Istana Batu, Kota Bharu ( Muzium Diraja)






o Bangunan Istana batu siap dibina pada tahun 1939 semasa pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke IV ( 1920 – 1944) sebagai hadiah perkahwinan kepada Sultan Yahya Petra dengan Raja Perempuan Zainab II.

o Istana ini menjadi kediaman rasmi Sultan Yahya Petra semasa menjadi Tengku Mahkota sehinggalah tahun 1960 apabila Sultan Yahya Petra, ditabalkan menjadi Sultan Kelantan dan bersemayam di kediaman rasmi baginda yang baru iaitu Istana Kota Lama.

o Pada tahun 1966, bangunan Istana Batu telah diubahsuai untuk dijadikan kediaman rasmi Yengku Salwani Binti Sultan Yahya Petra. Tengku Salwani menetap di Istana Batu sehinggalah tahun 1969.

o Pada tahun 1969, Istana ini telah menjadi kediaman rasmi Tengku Ismail Petra yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Kelantan sehingga tahun 1972.

o Pada tahun 1991, KDYMM Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan agar Istana Batu dijadikan Muzium Diraja Kelantan. Upacara perasmian Muzium Diraja Kelantan telah disempurnakan dengan penuh istiadat oleh KDYMM Al-Sultan pada 25 Julai 1991.


Masjid Kampung Laut





o Masjid ini ialah merupakan masjid yang tertua di Malaysia bahkan di Nusantara. Pembinaannya kira-kira 300 tahun dahulu dan masjid ini dipercayai sezaman dengan masjid-masjid di Tanjung, Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan masjid Kono di Champa. Mengikut cerita daripada masyarakat Kampung Laut, masjid ini telah didirikan oleh sekumpulan ulamak yang berulang-alik dari Champa, Patani dan Jawa. Dalam pelayaran, kapal ulamak tersebut telah mengalamai kerosakan / kebocoran dan mereka telah bernazar kiranya sampai di daratan mereka akan mendirikan sebuah masjid, takdirnya mereka mendarat di Kampung Laut dengan selamat dan mereka telah menunaikan nazar dengan mendirikan sebuah masjid dengan kerjasama masyarakat setempat.


Masjid Kampung Laut, Nilam Puri

o Sebuah masjid tertua yang masih wujud di Kelantan dan antara yang tertua di Nusantara.

o Dibina oleh pengembang agama Islam yang berulang-alik antara Champa dan Jawa dengan bantuan penduduk setempat.

o Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut Tumpat, di pinggir Sungai Kelantan. Dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 1968, kerana sebahagian besar tapak tanah telah runtuh ke dalam sungai akibat banjir pada tahun 1967. tarikh tepat pembinaan masjid ini tidak diketahui dengan jelas.

o Dilihat dari segi rekabentuk dan struktur masjid ini mempunyai ciri-ciri persamaan dengan Masjid Demak di Jawa yang dibina pada tahun 1401. kemudian kedua-dua masjid ini dibina dalam jangka masa yang lebih kurang sama yang kini berusia ratusan tahun.

Perkembangan Masjid Kampung Laut

o Pada peringkat awal, masjid ini didirikan secara paling asas iaitu 4 batang tiang beratapkan daun nipah. Ianya terus berkembang selari dengan perkembangan bandar Kampung Laut yang terkenal dengan bandar perniagaan yang pesat maju pada akhir abad ke 18, 19 dan awal abad ke 20.

o Kemuncak kemasyhuran berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad II tahun 1959 Masihi hinggalah ke zaman Sultan Sultan Muhamad ke IV.

o Masjid ini telah menjadi tempat persinggahan alim ulama di nusantara. Ianya telah diperbesarkan dengan mengadakan bumbung bertingkat tiga, serambi, menara, balai-balai, kolah, loteng dan lain-lain lagi. Tiangnya daripada 4 telah ditambah menjadi 20 batang kayu cengal yang besar dan lantainya daripada kayu cengal yang besar dan tebal.

o Sejak dari tarikh pembinaannya hingga tahun 1966 masjid ini telah digunakan sebagai tempat beribadat yang utama digunakan oleh penduduk sekitar Kampung Laut, tetapi akibat daripada banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 maka masjid ini telah mengalami kerosakan yang teruk.

o Kerajaan negeri Kelantan, telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid baru di tempat yang lebih selamat.

Baik Pulih Masjid Lama Kampung Laut

o Bagi melengkapkan komponen Masjid Kampung laut yang telah rosak di hanyut banjir, kerajaan negeri telah mengadakan kutipan derma dan sumbangan.

o Hasilnya pada bulan Februari 1988, kerja-kerja baik pulih seperti mengadakan menara, serambi besar, serambi kecil, balai lintang, wakaf orang kaya, tandas lelaki dan perempuan, kolah, tangga, elektrik, bekalan air yang telah dilakukan. Kayu yang digunakan adalah kayu cengal dan mana-mana jendela yang rosak serta bata-bata (atap) diganti baru.

o Keadaan Masjid Lama Kampung Laut menjadi sama yang terdapat di Kampung laut pada zaman kegemilangannya dahulu. Bermula dari tahun 1999 hingga kini, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan kerjasama dan bantuan kewangan daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia telah mengadakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pengindahan Masjid Kampung Laut dan perkarangannya.

Perpindahan Ke Nilam Puri

o Kerosakan Masjid Kampung Laut telah menimbulkan berbagai reaksi dikalangan umat Islam khususnya ahli sejarah. Hasilnya satu cadangan dikemukakan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi menyelamatkan Masjid Lama ini Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju dengan cadangan memindahkan bangunan Masjid Lama Kampung Laut ke sekeping tanah kepunyaan Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri.

o Persatuan Sejarah Malaysia yang diketuai oleh Tun Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir telah mengambil tanggungjawab memindahkan Masjid Lama Kampung laut Ke Nilam Puri. Pada bulan November 1967, bangunan Masjid lama Kampung Laut telah dirombak oleh sekumpulan tukang rumah Kelantan yang diketuai oleh En Hussein Bin Salleh dari Kampung Bumi Payong dan dibawah penyeliaan Tuan Haji Zain Bin Haji Awang Kechik.

o Masjid Lama ini telah dibina semula mengikut bentuk asal dan menggunakan semua bahan lama seberapa yang boleh. Walaubagaimanapun, hanya bahagian ibu masjid sahaja dapat diadakan semula. Ini disebabkan pada masa itu, tiada satu gambaran yang tepat mengenai bentuk bangunan-bangunan sampingan yang lain dan kekurangan kepakaran serta kewangan untuk mendirikan sebuah kompleks masjid ini sebagaimana bentuknya yang asal. Persatuan Sejarah Malaysia telah menanggung semua perbelanjaan, merombak dan mendirikan semula bangunan ibu masjid lama ini.

o Pada 23hb Rabiatul Awal 1390 bersamaan dengan 8 Mei 1970, Tuan Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir bagi pihak Persatuan Sejarah Malaysia telah menyerahkan kembali Masjid lama Kampung Laut dan dengan rasminya kepada YAB Dato’ Haji Muda, Menteri Besar Kelantan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Senibina Masjid Kampung Laut

o Masjid Kampung Laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak.

o Bila berpindah ke Nilam Puri, konsep ini terus digunakan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan maka penggunaan paku terpaksa dilakukan.

o Pada asalnya, masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa. Pembinaan masjid ini menggabungkan banyak unsur-unsur seni dan falsafah keugamaan pada bangunan. Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan.

o Lapisan bawah diibarat penuh dengan kekotoran, makin keatas semakin bersih akhirnya menuju kealam luas yang tidak terbatas. Terlepas daripada segala bentuk dan ianya kembali kepada Allah s.wt.

o Kemasyhuran rekabentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat Negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek) menirus ke atas, buah gantung dan menorah adalah gambaran keunggulan Masjid Kampung Laut dan sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan.

o Banyak bangunan kerajaan negeri menerapkan identiti masjid ini iaitu bumbung bertenggek tiga lapis dan buah gutung seperti bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Menteri Besar dalam Kota Darul Naim, bangunan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.

0 comments:

Copyright © 2008 - LandArchy Malaysia - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template