SEJARAH NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR 2


SEJARAH NEGERI TERENGGANU.

Asal Usul Nama Terengganu

o Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu", dan Terengan nu".

Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya".

Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 - 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu".

o Lama-kelamaan dikenali dengan Terengganu. Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. Walaupun kisah "Taring anu" tetapi peristiwa ini berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ) dan melibatkan penduduk tempatan. Kisah ini menyatakan yang "Taring anu" berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja "taring anu tuanku". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring Anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.




Pulau Duyung Antara Tempat Yang Disebut Sebagai Permulaan Negeri Terengganu Mendapat Nama.

o Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.




TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI TERENGGANU





Bukit Puteri

o Terletak dikawasan bandar Kuala terengganu dan berhampiran dengan menara Sungai Terengganu. Bukit bersejarah ini mempunyai keluasan kira-kira 0.688 hektar dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. Lokasinya juga begitu strategik sebagai aset pelancongan kerana berdekatan dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin.

o Kubu pertahanan masih lagi teguh walaupun telah menelan usia lebih seabad. Terdapat beberapa artifak lagi dipuncak bukit ini iaitu genta (loceng besar), kubur, rumah api dan tiang bendera.

o Terdapat beberapa cerita tentang asal-usul nama Bukit Puteri. Ada cerita menyatakan Dato’ Bendahara Padang Saujana Johor (meninggal dunia 1697) menghantar wakilnya bernama Megat Seri Rama untuk memerintah Terengganu, bukit itu sudah dikenali sebagai Bukit Puteri. Cerita lain menyatakan bahawa Bukit Puteri berasal dari nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri.

o Selain dari itu ada pula cerita menyatakan Bukit Puteri menjadi tempat tinggal Puteri Bunian dan penduduk tempatan selalu meminjam pinggan mangkuk dari puteri tetapi sebilangan daripada yang dipinjam tidak dipulangkan dan pecah tidak diganti. Akibatnya tidak amanah, Tuan Puteri meninggalkan bukit ini menuju ke sebuah bukit di Daerah Besut.
o Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur ke II, Sultan Muhammad I dan Sultan Umar, Bukit Puteri, Meriam Beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan Kubu Pertahanan Bandar Kuala Terengganu.

Meriam Beranak



o Suatu masa dahulu, terdapat banyak meriam diatas Bukit Pueri, seperti Seri Jamlor, Seri Bueh, Seri Johor dan Laila Majnun. Malangnya dalam masa pemerintahan Thai (1943-1945) di Terengganu, banyak meriam yang diambil oleh mereka dan dibawa ke siam. Di suatu kawasan terdapat sepucuk meriam yang besar dan sisinya terdapat sepucuk meriam yang kecil. Berdasarkan ukuran kedua-dua pucuk meriam dan keadaannya berhampiran ada yang berpendapat meriam kecil adalah anak kepada meriam yang besar.

o Menurut cerita orang tua-tua meriam yang besar bernama Che Selamah dan kecil bernama Che Sefiah. Makanan naknya ialah buih air laut yang disuap orang setiap pagi dan petang.



Genta di Bukit Puteri




o Diatas Bukit Puteri hingga sekarang masih terdapat sebuah genta besar yang ditempatkan berhampiran ditengah bukit dari sejak beberapa keturunan pemerintahan Kesultanan Terengganu. Jika rosak sebuah digantikan dengan yang lain. Genta yang ada sekarang telah diperbuat dalam masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III kira-kira dalam tahun 1326 tahun Islam (1908). Besar lilitannya lebih kurang 223 cm dan ketinggiannya 78 cm. di perbuat daripada tembaga kuning beratnya lebih kurang 175 kg. menurut cerita yang didapati, genta ini dituang dihadapan Istana Maziah dalam suasana istiadat. Tukangnya bernama Wan Ali Bin Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang yang lain dari penduduk Kampung Tanjung dan Kampung Paya, Kuala Terengganu.




o Genta pertama yang dinamakan “ Negara “ telah diadakan dalam masa pemerintahan Sultan Terengganu yang kesembilan iaitu Sultan Umar pada 17 Sya’ban 1270 ( 1515 / 1853 ). Pada zaman itu genta dijaga oleh “budak-budak raja” dan dalam masa Sultan Umar hingga Sultan Zainal Abidin III (19 / 12 / 1881 – 25 / 11 / 1918 ) dijaga oleh En Ali Bin Abdullah. Kegunaannya ialah untuk memasyhurkan jika berlaku kegemparan besar seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri.

o Menurut adat negeri, apabila kedengaran bunyi genta tersebut pada waktu yang tiada tertentu dan pukulannya kencang maka sekalian penduduk bandar menutup pintu rumah masing-masing. Kedai-kedai pun berkemas dan bersiap sedia. Pembesar-pembesar raja dan segala hamba sahaya berlari menuju istana dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

o Di dalam bulan puasa daripada Raya Aidil Fitri dan hari Raya Haji, genta ini digunakan sehingga ke masa ini. Untuk bulan puasa dibunyikan mulai jam 6 petang hingga waktu sahur dan waktu imsak. Pada jam 12 tengah malam, dibunyikan dengan kencang dikenali dengan nama “ Goncang” sebagai menandakan waktu memasak makanan sahur dituruti dengan tembakan meriam satu das. Pada hari raya dibunyikan dengan kencang serta bertingkah- tingkah lagunya pada waktu sembahyang raya menandakan waktu sembahyang dan raja berangkat ke masjid. Tetapi adat ini dibatalkan didalam masa pemerintahan DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah (tidak dibunyikan lagi genta sebelum dan selepas waktu sembahyang ).

Kubur Syed Yasin




o Syed Yasin bin Akil salah seorang pembesar negeri Terengganu semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin I. susurgalurnya berasal dari Hadramaut (Selatan Yaman) yang telah lari sambil menyebarkan dakwah Islam hingga ke Sumatera. Syed Yasin yang lahir di Sumatera telah berhijrah ke negeri Terengganu dan berkahwin dengan Che Siti, anak Al-Marhum Sultan Zainal Abidin I.


Tiang Bendera

o Tiang bendera yang terdapat di Bukit Puteri digunakan bagi menaikkan bendera raja apabila satu-satu istiadat kebesaran diadakan. Ianya mempunyai ketinggian lebih kurang 18m dan ditanam sedalam 2m dan telah didirikan pada 12 Zulhijjah iaitu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Istiadat menanam tiang ini dilakukan dengan penuh istiadat dan dituruti dengan tembakan meriam sebanyak 16 das. Tiang bendera yang masih ada sakarang ini telah didirikan pada masa pemerintahan Sultan Sulaiaman Badrul Alam Syah.

Rumah Api




o Terletak diatas Bukit Puteri, amat penting kepada nelayan dan pelayar berfungsi sebagai pedoman kepada mereka yang hendak memeasuki Kuala Terengganu.
o Kaum nelayan membawa balik hasil tangkapan laut dan pelayar selalu berulang-alik berdagang ke serata nusantara dengan menggunakan Perahu Besar.
o Letaknya rumah api ialah kepala benteng pertahanan dipuncak Bukit Puteri.
o Dibina pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1918 M ) setelah mendapat cadangan daripada Syed Husein bin Gulam Al-Bukhari.



Kubu / Benteng Pertahanan Negeri Terengganu



o Kubu ini terletak diatas Bukit Puteri dan digunakan semasa berlakunya perang saudara antara Baginda Umar dengan Sultan Mansur Shah II Sultan Muhamad I kerana berebut kuasa.


Muzium Negeri Terengganu

o Muzium Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Al-Marhum kebawah duli yang maha mulia Sultan Muhmud Al-Muktafi Bilah Shah pada 20 April 196. Rekabentuk bangunan Muzium ini diambil dari rumah tradisional Terengganu yang dikenali sebagai “ Rumah Tele “ Rumah Tiang 16.


o Kawasan muzium ini merupakan sebuah kompleks pemuziuman yang menempatkan muzium utama, muzium maritim, rumah tradisional dan istana-istana serta galeri iaitu Galeri Tekstil, Galeri Kraftangan, Galeri Sejarah, Galeri Din, Galeri Islam, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian, Galeri Sementara dan Galeri Menteri Besar. Manakala Muzium Maritim mempunyai 2 buah kapal iaitu galeri Perikanan dan Pelayaran.

o 14 Januari 1960, satu perjanjian diadakan dan telah mengambil keputusan menubuhkan jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah. Peringkat Negeri yang berfungsi mengumpulkan koleksi warisan.

o 3 Feb 1974 – jawatankuasa untuk menguruskan penubuhan institusi itu dibentuk bagi mengenalpasti faktor penghalang di samping mengutarakan kaedah untuk menubuhkan Muzium Negeri Terengganu sehingga termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu (Enakment bil 9/1976).

o Peringkat awal penubuhannya muzium negeri menumpang dibahagian lama Pejabat Setiausaha Kerajaan di Bukit Che Long, Jalan Air Jernih. Kuala Terengganu yang lebih dikenali sebagai IBU PEJABAT KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)

o Hampir 19 tahun di bangunan ini, Muzium Negeri Terengganu akhirnya telah berpindah ke bangunan sendiri di Kompleks Muzium Negeri, Bukit Losong pada April 1994. Kompleks yang kaya dengan ciri-ciri tradisional melayu ini menyerlah sebagai mercu tanda negeri dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Syah, Sultan Terengganu pada 20 April1996 (2 Zulhijjah 1416).

Objektif Muzium Terengganu

o Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan pungutan, pilih serta pamer barang lama dan baru yang ada nilai sejarah dan budaya Terengganu.

o Untuk menjalankan penyelidikan kajian dalam beberapa cabang kebudayaan negeri supaya maklumat dapat disebarkan sesuai semangat cintakan sungai dan budaya.

o Untuk jalankan penyelidikan dan kajian persejarahan negeri dan pemuliharaan terhadap kesan-kesan sejarah yang terdapat diseluruh negeri.

Ø Untuk ubah perspektif negatif kepada perspektif yang lebih wajar menurut nilai-nilai sebenar tanpa pengaruh asing.

Ø Masyarakat digalakkan guna kemudahan untuk tujuan penyelidikan dan perbelanjaan.

Ø Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap flora, fauna dan batu-batan.

Ø Sebagai aset dan destinasi pelancongan utama disamping membantu serta menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.


Lokasi

o Kampung Bukit Losong 4km dari Kuala Terengganu

o Keluasan kurang daripada 7 hektar / 60 ekar.

Sejarah Muzium Terengganu

o Ditubuhkan 1976 dibawah enekmen Bil. 9 1972 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 28 Disember 1976 dan berkuat kuasa 1 November 1977.

o Idea untuk membina muzium tercetus sejak awal 20an selepas terjumpa Batu Bersurat Terengganu oleh Sayyid Husain Ghulam Al-Bukhari di Kampung Buloh, Hulu Terengganu 1902.

o 1955 – jawatan kuasa dibentuk bagi mengorak langkah kearah penubuhan muzium Terengganu tetapi terbantut.

o 14 Januari 1960, satu perjanjian diadakan dan telah mengambil keputusan menubuhkan jawatankuasa barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri Terengganu hingga bertunas.



Feri Lama




o Perkhidmatan Feri di muara sungai dengan yang menghubungkan perjalanan darat antara Kampung Seberang Pintasan dengan bandar Dungun (1960 )

o Perkhidmatan Feri di Sungai Dungin yang menghubungkan Kampung Pulau Serai dengan Kampung Nibung ( gambar 1960 ).

Perkhidmatan feri di Kuala Terengganu menghubungkan Kampung Lorong dan Bukit Datu merentasi Sungai Terengganu.

o Perkhidmatan feri di Sungai Marang yang menghubungkan Pengkalan Bandar Marang dan Seberang Marang.

o Perkhidmatan feri di Paka

o Perkhidmatan feri antara Bukit Labohan dengan bandar Kerteh Lama.


Kota Duyung, Duyung Kecil, Kuala Terengganu




o Kota Lama Duyung terletak di Pulau Duyung kira-kira 7km dari pusat banadar. Kota Duyung mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambung dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Rekabentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkaya lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh senibina Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Bangunan (rumah) ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan dihiasi ukiran sobek disekeliling beranda.

1 comments:

macydahnke said...

Casinos near Casinos and Casinos Near Mohegan Sun in Connecticut
Check out the 3500+ Casinos near Mohegan 충청남도 출장안마 Sun in Connecticut. Casinos Near 시흥 출장샵 Foxwoods 익산 출장마사지 Resort Casino, Uncasville 나주 출장안마 Map 수원 출장샵 & Directions.

Copyright © 2008 - LandArchy Malaysia - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template